Thursday, March 29, 2012

SPM 2011

Pada 21 Mac 2012, keputusan SPM 2011, telah diumumkan. Alhamdulillah, MOZAC telah mencapai keputusan yang cemerlang dengan GPS 1.51, memperbaiki GPS SPM 2010 iaitu 1.71. MOZAC sekali lagi dapat mencapai sasaran KPI yang ditetapkan , SET (significantly exceed target). Seramai 3 orang pelajar telah mencapai 9A+ berbanding hanya seorang tahun lalu (meningkat dari 0.77 kepada 2.2). Para pelajar tersebut adalah:
1. Meor Akmal Ezzuddin b. Meor Hashimi
2. Muhammad Sirajuddin b. Roszaili
3. Muhammad Yusof Ahmat Ritwan

Seramai 51 (37.5%) orang berjaya mencapai straight A juga memperbaiki keputusan tahun lepas (33 orang - 25.38%). Tahniah diucapkan kepada semua warga Superism 2011 atas kejayaan yang cemerlang. Sekalung penghargaan kepada guru - guru, para ibubapa, ALUMNI,PIBG yang membantu sekolah untuk kekal cemerlang. Tahniah semua dan semoga kejayaan para pelajar PMR & SPM 2011 membakar semangat para pelajar PMR & SPM 2012 untuk lebih cemerlang.

Ujian 1

19-21 Mac- Ujian 1 telah dijalankan serentak setiap tingkatan.Semua ujian telah dijalankan di dalam kelas masing-masing kecuali tingkatan 5 yang telah dijalankan di dalam dewan.Semoga warga Temenggung dapat melakukan yang terbaik demi manaikkan markah rumah Temenggung. Semoga Berjaya.

Aku Janji Tingkatan 3

5 Mac- Pelajar Tingkatan 3 telah melafazkan ikrar aku janji PMR 2012 di perhimpunan rasmi demi membuktikan kesungguhan mereka untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan iaitu 1.01. Perjanjian turut ditandatangani oelh Ayahanda Pengetua dan Ketua Pelajar Tingkatan 3, Adlin Saufi. Diharapkan mereka dapat mencapai dan memecahkan rekod PMR di bumi Muzaffar sekali lagi. Good Luck E.X

Karnival Alumni 2012

Karnival yang di rancang sejak lebih sebulan yang lalu telah dapat dijalankan dengan jayanya pada hari ini.Terima kasih pada semua yg terlibat terutama pada pasukan - pasukan yg bertanding samada dari alumni mahupun pelajar MOZAC sendiri. Penghargaan kpd ketua-ketua rumah & penolongnya yg telah berjaya mengatur segala persiapan dgn begitu teliti & teratur.Jutaan terima kasih juga kpd semua para penyumbang dan Alumni MOZAC kerana berjaya menganjurkan karnival sukan seumpama ini.
Keputusan : Netball
1st Bendahara
2nd Temenggung
3rd Syahbandar
4th Alumni 86

Kejayaan Alumni:
Tahniah kpd semua pemenang. Dari 6 acara yg dipertandingkan. Alumni berjaya menjadi juara utk ping pong (alumni 89') & Badminton lelaki (alumni 95'). Naib johan volleyball (alumni 86')yg telah bermain dgn begitu bagus skali(membuktikan usia bukan penghalang). Alumni 86' perempuan pula tempat ke-4 netball. Majulah Sukat Untuk Muzaffar.



KESUMA 2012

24-28hb-Seramai 8 orang ketua rumah dan penolong ketua rumah beserta seorang guru penyelaras system rumah MOZAC telah mengikuti Kursus KR dan TKR yang telag diadakan di SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Kontinjen MOZAC bergerak ke SMS Sembrong, Kluang, Johor seawall 10 pagi pada 24hb Feb 2012.Kontinjen MOZAC telah menginap sehari dan telah menjalankan perkongsian mengenai sistem rumah yang dijalankan di sana.
Pada 25hb, kontinjen dari SMS Johor, SMS Muar dan SMS Sembrong menaiki bas MOZAC dan memulakan perjalanan ke SEMSAS seawal jam 9 pagi. Setelah tiba pada jam 2.30 petang, para KR dan TKR diberi taklimat dan telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing mengikut warna rumah sukan di sekolah masing-masing. Pelbagai aktiviti telah dijalankan selepas itu seperti Ice Breaking, Leadership Outreach,Problem Solving dan pelbagai lagi.Hari kemuncak tiba pada 28hb dan Guru Penyelaras Sisem Rumah MOZAC yang mewakili rumah Mahathir telah dinobatkan Ketua Guru Rumah Terbaik. Semoga KR dan TKR dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh demi memajukan sistem rumah di bumi Muzaffar. Temenggung Gemilang, MOZAC Terbilang.



NILAM

20hb- Pelancaran program NILAM telah berlansung dan telah dirasmikan oleh Ayahanda Pengetua, Tuan Haji Hassan b Topit. Majlis turut dimeriahkan dengan kedatangan Encik Roslan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya nyanyian koir, deklamasi sajak, choral speakingdan persembahan multimedia. Semoga program ini dapat memupuk sikap gemar membaca kepada warga Muzaffar.


Wednesday, February 22, 2012

BRC Open 10's 2012




Seorang warga Temenggung sekali lagi telah berjaya untuk mewakili pasukan Ragbi Melaka 10's untuk BRC Open 10's di Kuala Lumpur. Beliau ialah Muhammad Zul Harith Hasan. Pasukan Melaka berjaya meraih Johan bagi kategori Bowl. Tahniah diucapkan.